Sunday, October 26, 2014

Last shot before SPM 2014

Assalammualaikum warkah ku mulakan . another week before our last final exam which is spm . Hmm , persiapan tuh alhamdulillah dah nak habis . result tuh inshaAllah gempak bila semua orang tak salah faham dengan situasi aku nih . Kenapa aku cakap macm tuh ? Sebab yelah  most people diorang tengok , taktahu cerita lepas tuh buat conclusion sendiri . Aku bukan apa . just nak tarik diri daripada berhadapan dengan kelompak manusia yg memeningkan kepala bila berhadapan dengan mereka . why dont aku stand back . sit and do my own business . Much more safe and relief . actually tangan dah lenguh nih tapi takpe , aku cuba sehabis baik utk siapkan post nih , mane tau nih post terakhir ke apa kan . Hahaa . manusia datang dan pergi . itu kenyataan yg mungkin tak semua memahaminya . Sebenarnya dah seminggu aku tak datang sekolah . Hmm . kenapa aku tak datang ? sakit luar dan dalam . itu sebab utama dan sebab yg kedua aku nak tengok sama ada ada tak orang yg betul betul amik berat pasal aku ataupun sekadar main wayang je depan mata aku . so hasilnya biarlah aku sorang je yg tahu . Last Friday , ada classmate jumpa aku lepas solat jumaat , katanya Cikgu Zul tanya , aku dah . " Kalau setakat nak bising bising aku tak minat " Jujur aku cakap , sebab nak tanya tuh biarlah elok . well , memanglah orang kata kene hormat guru tapi apa korang rasa bila kita buat baik , orang still kata itu nih , bila buat jahat lagi seribu satu kata yg aku sendiri taknak dengar . Aku malas nak jumpa sebab aku takut aku takboleh kawal diri lagi lagi nak dekat dengan tarikh keramat nih kan . memang orang kata bg pressure dari dalam . hasilnya cantik , tapi bila presure tuh bercampuk amuk dengan benda benda yang negatif . hasilnya ada baik , ada buruk . Aku takut yg baik tuh terserlah dan yang buruk itu pun turut terserlah . * nampak tak ayat spm kat situ * . Masalah utama manusia nih yang buruk itu jugak yg dia suka besar besarkan . bukan aku cakap aku nak pujian bila buat baik . tapi utk sedarkan segelintir manusia yg bg aku tak reti nak sedar yg kita nih dah ada laburkan kebaikan pada mereka . Hmm , itu baru sesama kawan , antara kita dengan cikgu pulak tak mulakan lagi ceritanya . Dear my extra lovely teachers , pertamanya saya sebagai anak didikan anda semua ingin sekali kuuu sentuhh ingin jua ku milikiii eh salah  . ingin mohon seribu dua ribu kemaafan dari hujung kaki dan hujung rambut . Saya tau saya bukanlah antra pelajar kegemaran anda anda anda dan anda semua sebab ramai lagi kawan kawan saya yg jauhh lebih baik akhlaknya dari saya . saya cuba jaga hati semua guru yg mengajar saya dari form 1 sampai form 5 sama ada dalam kelas ataupun luar kelas , berkenaan segalanya . Saya tahu saya banyak buat salah dengan cikgu , tak datang kelas . tak siap kerja sekolah . kene rotan dengan cikgu yusma . kene cubit dengan cikgu adibah dn banyak lagilah . Bukan apa , bagi saya masing masing ada cara masing masing . saya dengan cara saya dan anda dengan cara anda . Bukan kerja kita sebenarnya nak puaskan hati semua orang tapi tak bermaksud kita boleh sesuka hati sakitkan hati orang , fikir dulu sebab dan musababnya . Saya rasa apa yang saya buat nih mungkin terpengaruh dengan baran saya masa form 2 atau lebih tepat lagi masa menengah rendah dan tingkatan 4 . Tahun nih , saya buat semuanya lepas saya fikir apa dan kenapa saya kene buat benda nih . dan saya harap apa yg saya lakukan tuh terbaik utk diri saya . Kalau boleh banyak lagi luahan yg saya nak tunjukkan pada kalian tapi biarlah sebagai pedoman saya seorang . sebenarnya saya harap kami para pelajar diberikan peluang utk bercakap di depan semua guru masa sekolah bukan setakat salam utk dua tiga minit tuh . Tak cukup , betul saya cakap , tak cukup . Jadi inilah yg saya mampu berikan pada anda anda anda dan pihak pembaca semua . Mohon maaf andai warkah ini ada pihak yg tersinggung tapi yelah , dosa antara manusia . baik mintak maaf sesama manusia , tak kisahlah dalam bentuk apa sekalipun , janji ada mintak maaf pada zahirnya . Jadi dengan ini dengan rasa rendah hati , rendah diri dan rendah segala galanya saya Mohamed Zulhazim seperti yang kalian kenal memohon maaf atas semua tindakan yg dilakukan sama ada sedar ataupun tidak . Halalkan segala ilmu yg cikgu cikgu dah berikan pada saya . Halalkan semua makan minum yg kalian dah berikan pada saya . Mohon maaf jugak andai ada kata kata dalam warkah ini menyebabkan sesetengah pihak terasa . Tiada niat nk kecilkan hati sesiapa . Namun , tiada manusia yang maksum kecuali Nabi Muhammad SAW . Banyaknya bintang di langit . itulah perumpaan yg sesuai dengan dosa dosa yang kita lakukan sepanjang hidup nih . Sebagai manusia , hendaklah kita bertaubat . Paling tidakpun dengan beristigfar . Astagfirullah .  Yg baik dijadikan pedoman , yang jahat itu baik dilupakan . Salam sayang kepada semua . Fihifzillah . Maaf sekali lagi atas warkah yg tidak seberapa ini . Al-Fatihah .

No comments:

Post a Comment